Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga pada tahun ini kita semua akan lebih diberkati dan dirahmati Allah dalam apa jua amalan yang kita lakukan serta sentiasa mendapat perlindungan daripada segala musibah dan kesusahan.
Hari ini dan juga esok masih lagi merupakan hari cuti. Sebenarnya bukan hanya hari ini dan esok, malah sejak tiga hari yang lepas saya sudah pun mula bercuti. Ya, memang lama. Lima hari.
Lima hari yang muram.
Pada hari pertama, kesedihan amat mencengkam diriku. Pelbagai rasa dirasa, kerana menyedari banyak kerja perlu dibuat...banyak kerja dan urusan yang menunggu2 untuk diselesaikan...tapi aku tak mampu berdepan dengannya...kerana rasa sedih yang teramat. Entahlah apa yang kusedihkan. Mungkin kerana kebiasaannya pada waktu bercuti inilah waktu kami berdua, aku dan al-Marhum biasanya berjalan bersama. Tidak pernah terpisah. Tidak pernah ditinggalkan sendiri. Ke mana-mana mesti berdua melihat dunia nan indah. Banyak tempat telah kami terokai bersama. Setiap satunya penuh kenangan.Maka cuti hari pertama itu kuhabiskan dengan melihat kembali gambar2 dan video lama...dan airmataku tak mampu ditahan.
Hari kedua, aku nekad. Kubawa anak kecilku dan bibik ke tepian pantai Morib. Tidak pernah terlintas di fikiranku yang aku akan berani memandu kereta sendiri ke sana. Namun mungkin itulah caranya untuk menenangkan diri.Jika tidak kurasa hari2 cuti itu akan berlalu tanpa apa2...hanya dengan emosi. Hampir seharian di sana...merasa bayu laut yang segar dan nyaman...melihat keagungan Ilahi...kekuasaan-Nya...setiap suatu itu ada sunnatullahnya...yang bermula pasti ada akhirnya...kecuali Dia yang Maha Hidup.
Hari ketiga, hari Ahad. Bermula episod kerja2 sekolah yang dibawa ke rumah. Sekejap melepas lelah, bermain bersama anak kecilku yang lincah...kesian dia. Mamanya selalu saja sibuk.
Hari keempat dan kelima semoga aku dapat menyelesaikan kerja2, urusan2ku dan emosiku dengan baik...semoga hari mendatang lebih baik bagiku dan begitu juga teman dan rakan blog semua. Aamiiinnn...
Laman kembara hatiku
Monday, November 4, 2013
Monday, September 9, 2013
Rancangan Allah
Assalamualaikum.
Dalam kesibukan ini aku sudah mula memahami yang tidak dapat tidak bahawa hidup ini mesti diteruskan. Aku mesti lebih fokus. Biarlah segalanya yang diatur Ilahi, berjalan sekehendak-Nya...kita hanya bisa merancang. Allah jua yang menentukan. Andai kata sesuatu yang tidak kusukai berlaku, berkemungkinan ianya lebih baik bagiku...kerana Dialah yang Maha Mengetahui yang terbaik untukku.
Di sekolah, anak2 muridku sudah mula sibuk untuk berdepan dengan saat2 genting dan penting buat mereka. Ada yang bakal menghadapi peperiksaan PMR. Hanya tinggal tak sampai sebulan bagi mereka. Kudoakan semoga pada tahun ini mereka juga mendapat kejayaan terutama dlm subjekku sebagaimana pada tahun yang lepas. Ada juga muridku yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Walaupun ada tinggal hampir dua bulan lagi untuk berdepan dengan peperiksaan SPM sebenar, kukira mereka mestilah melipatgandakan lagi usaha mereka mengulangkaji dan berlatih menjawab soalan dengan betul. Setelah menandakan kertas pertama, agak sedih juga kurasa kerana mencapaian mereka sungguh tidak memuaskan hatiku. Perasaan bimbang menyelubunyi jiwa. Apa dayaku lagi dalam membantu mereka, sedangkan berkali2 memberi soalan dan jawapan untuk dihafal pun tidak mereka kuasai. Bengkel, kelas tambahan juga telah kuadakan...Semoga Allah mempermudahkan mereka.
Pada minggu lepas pihak sekolah ada menganjurkan checking darah secara percuma. Nampaknya result tidaklah berapa bagus...kena jaga pemakanan dan stress...Moga aku kuat dan segera sihat. Amin.
Dalam kesibukan ini aku sudah mula memahami yang tidak dapat tidak bahawa hidup ini mesti diteruskan. Aku mesti lebih fokus. Biarlah segalanya yang diatur Ilahi, berjalan sekehendak-Nya...kita hanya bisa merancang. Allah jua yang menentukan. Andai kata sesuatu yang tidak kusukai berlaku, berkemungkinan ianya lebih baik bagiku...kerana Dialah yang Maha Mengetahui yang terbaik untukku.
Di sekolah, anak2 muridku sudah mula sibuk untuk berdepan dengan saat2 genting dan penting buat mereka. Ada yang bakal menghadapi peperiksaan PMR. Hanya tinggal tak sampai sebulan bagi mereka. Kudoakan semoga pada tahun ini mereka juga mendapat kejayaan terutama dlm subjekku sebagaimana pada tahun yang lepas. Ada juga muridku yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Walaupun ada tinggal hampir dua bulan lagi untuk berdepan dengan peperiksaan SPM sebenar, kukira mereka mestilah melipatgandakan lagi usaha mereka mengulangkaji dan berlatih menjawab soalan dengan betul. Setelah menandakan kertas pertama, agak sedih juga kurasa kerana mencapaian mereka sungguh tidak memuaskan hatiku. Perasaan bimbang menyelubunyi jiwa. Apa dayaku lagi dalam membantu mereka, sedangkan berkali2 memberi soalan dan jawapan untuk dihafal pun tidak mereka kuasai. Bengkel, kelas tambahan juga telah kuadakan...Semoga Allah mempermudahkan mereka.
Pada minggu lepas pihak sekolah ada menganjurkan checking darah secara percuma. Nampaknya result tidaklah berapa bagus...kena jaga pemakanan dan stress...Moga aku kuat dan segera sihat. Amin.
Tuesday, August 27, 2013
Beraya tanpa dia...
Assalamualaikum buat semua,
Tidak terlewat kiranya saya ingin mengucapkan Selamat hariraya dan Maaf zahir batin. Salam Syawal dan semoga ianya disambut dengan penuh ceria dan dipenuhi keberkatan.
Buat kali pertamanya hariraya ini disambut tanpa dia. Sememangnya tak dapat dinafikan hati ini sungguh hiba, pilu dan sedih. Ingin kutahan namun akhirnya ia menjadi juntaian airmata tak dapat disimpan di waktu pagi satu syawal itu ketika kupeluk ibuku tersayang. Sememangnya berbeza teramat. Tanpa dia yang kusayang. Tanpa orang yang sentiasa bersama ke mana pun jua. Tanpa orang yang bisa memberiku semangat, kasih dan tawa. Sememangnya sukar menghapuskan rasa rindu ini. Apekan daya.
Ketika keluarga yang lain bersalam-salaman, aku pula terasa kehilangan. Mencari2 dia, yang tangannya kerapku kucup setiap pagi dan apetah lagi di pagi hariraya begini. Namun apekan daya. Hanya sesekali kelibatnya kurasa, senyumannya pasti tak lekang bermain di bibirnya, sambil tangannya membahagikan duit raya kepada anak2 buahnya yang ramai.
Ketika bergambar beramai-ramai, aku juga rasa kehilangan. Tidak sempurna rasanya keluargaku. Dulu tanpa anak, kini tanpa seorang suami pula. Apekan dayaku...Allah mengujiku sedemikian rupa, aku pasrah.
Namun sebenarnya walaupun tanpa dia disisi, ramai saudara terdekat dan rakan taulan yang menemani. Alhamdulillah...kesunyian ini sungguh amat terisi.
Ala kulli hal segalanya sekarang sudah dapat kuhadapi dengan tenang. Semoga Allah mengurniakanku ketabahan dan kekuatan.
Tidak terlewat kiranya saya ingin mengucapkan Selamat hariraya dan Maaf zahir batin. Salam Syawal dan semoga ianya disambut dengan penuh ceria dan dipenuhi keberkatan.
Buat kali pertamanya hariraya ini disambut tanpa dia. Sememangnya tak dapat dinafikan hati ini sungguh hiba, pilu dan sedih. Ingin kutahan namun akhirnya ia menjadi juntaian airmata tak dapat disimpan di waktu pagi satu syawal itu ketika kupeluk ibuku tersayang. Sememangnya berbeza teramat. Tanpa dia yang kusayang. Tanpa orang yang sentiasa bersama ke mana pun jua. Tanpa orang yang bisa memberiku semangat, kasih dan tawa. Sememangnya sukar menghapuskan rasa rindu ini. Apekan daya.
Ketika keluarga yang lain bersalam-salaman, aku pula terasa kehilangan. Mencari2 dia, yang tangannya kerapku kucup setiap pagi dan apetah lagi di pagi hariraya begini. Namun apekan daya. Hanya sesekali kelibatnya kurasa, senyumannya pasti tak lekang bermain di bibirnya, sambil tangannya membahagikan duit raya kepada anak2 buahnya yang ramai.
Ketika bergambar beramai-ramai, aku juga rasa kehilangan. Tidak sempurna rasanya keluargaku. Dulu tanpa anak, kini tanpa seorang suami pula. Apekan dayaku...Allah mengujiku sedemikian rupa, aku pasrah.
Namun sebenarnya walaupun tanpa dia disisi, ramai saudara terdekat dan rakan taulan yang menemani. Alhamdulillah...kesunyian ini sungguh amat terisi.
Ala kulli hal segalanya sekarang sudah dapat kuhadapi dengan tenang. Semoga Allah mengurniakanku ketabahan dan kekuatan.
Sunday, January 6, 2013
Retak Seribu
Retak seribu hatiku,
Bila mengenangmu,
Dikau pergi,
Tak kembali,
Setelah lama kau pendamkan,
Bersama rahsia tersembunyi.
Walau seandainya ku bercinta lagi,
belum tentu kutemui teman pengganti,
Kerna Ku akui kaulah yang terindah,
Kan kucuba menggapai bintang, walau tak tercapai tangan.
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu,
Jika kudapat ulangi perjalanan cinta kita,
Akan kujaga sebaik-baiknya.
Mood: Rindu + jiwang.
***Menyelongkar beg2 lama, terjumpa baju2 tebal arwah...mengingatkanku kenangan indah bersama di bumi Lampeter.
Bila mengenangmu,
Dikau pergi,
Tak kembali,
Setelah lama kau pendamkan,
Bersama rahsia tersembunyi.
Walau seandainya ku bercinta lagi,
belum tentu kutemui teman pengganti,
Kerna Ku akui kaulah yang terindah,
Kan kucuba menggapai bintang, walau tak tercapai tangan.
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu,
Jika kudapat ulangi perjalanan cinta kita,
Akan kujaga sebaik-baiknya.
Mood: Rindu + jiwang.
Wednesday, November 28, 2012
Kisah kita berdua (1)
Salam semua,
Beberapa hari berada di kampung halaman bersama ibuku yang baru sahaja menyambut ulangtahun kelahiran ke 70 tahun, daku menikmati suasana keindahan dan kedamaian kampung yang tenang. Berada di atas buaian kecil di bawah sepohon pokok rambai, sambil mendodoi anak kecilku yang sedang galak mengajakku mengambil angin luar, minda ku tiba-tiba meneroka kembali tiap detik hidupku bersama arwah suami. Sememangnya usia perkahwinan yang lama, ada manis, ada pahit, ada asam garam kehidupan. Namun kehidupan yang lalu, indahnya tidak tergambarkan rasanya. Pastinya hampir kesemua pasangan berkahwin pun begitu. Saat ketika kami baru berkenalan dan seterusnya berkahwin bagaikan kisah dan back ground dalam filem ayat-ayat cinta. (Pernah ku masukkan kisah ayat-ayat cinta ini dalam post terdahulu bertahun yg lalu di sini, semasa arwah masih ada....dia hanya tersenyum dengan mata bercahaya..)Berlatar belakangkan Kaherah, di situ bermulanya cinta. Ya, cinta selepas berkahwin, yang disemai dan diukir sedikit demi sedikit...hingga terpahat dan sukar dipadamkan. Selepas melafaz akad nikah, kami masih di Kaherah selama 3 bulan. Kami penuhinya bagaikan berbulan madu walaupun hanya dengan berjalan2 ke Pyramid dan Spinx. (Kami sempat kembali semula menyusuri sungai Nil, kuliah2 kami, Atabah, Masakin Osman, Hayyul Asyir dan rumah yang pernah kami duduki bersama pada tahun 2009 yang lalu, semasa kami berada di UK- untuk ke Ma'rad Kutub/Ekspo Buku Antarabangsa Kaherah- Sungguh indah dapat menyusuri kembali tempat2 yang menjadi sejarah indah kami bersama).
Pada awal tahun 1995, kami pulang ke Malaysia, selepas beberapa hari mengenali dan berada bersama pihak keluarga arwah, kami tinggal bersama ibubapa ku. Kebetulan kami terus dapat mengajar sementara di dua buah sekolah berdekatan. Abang hampir setiap awal pagi menghantar aku separuh jalan dengan van lama arwah ayah, sebelum aku menumpang guru lain. Bila pulang, kadangkala jam 4 petang baru sampai ke rumah semula kerana aku terpaksa menumpang dengan mana2 guru yang ada. Masa itu, sukar juga hidup kami. Hingga nak membeli sebuah kipas meja secara cash n carry pun kami tak mampu. Biasalah guru baru bekerja...lima bulan baru dapat gaji...Namun, alhamdulillah, arwah ayah dan juga ibu amat2 memahami. Enam bulan kita sama2 berulang alik mengajar...abang diterima untuk menjadi pengajar di Matrikulasi. Manakala tak lama kemudian daku diterima pula untuk menyambung pelajaran dalam diploma pendidikan. Alhamdulillah...Namun sebulan juga kita menumpang di rumah kakak, sementara kita dah stabil dan dapat mencari rumah. Hampir setiap hari,dakulah orang yang amat bahagia dan gembira bila pulang dari kuliah. Walaupun masa itu abang hanya menaiki motor, namun setiap kali kelibat abang datang, tak tergambar rasa gembiranya hatiku. Motor honda merah berbakul di belakangnya...itulah kenderaan pertama abang. Dengan motor inilah kita pergi ke Port Dickson, dalam hujan renyai2 hampir sepanjang jalan...hingga tak lama kemudian, bila pulang, kita sama2 demam. Rumah sewa pertama kita adalah sebuah flat kecil, harga sewanya lebih kurang rm 280 sahaja pada masa itu. Dengan tanpa peti ais dan barang2 mewah, namun hidup kita tetap bahagia. Hidup kita sentiasa gembira berdua. Tak byk yang harus kita fikirkan. Hidup kita teruskan dengan kesibukan seorang pelajar dan juga seorang tutor pensyarah. Hidup kita masih bergelumang dengan ilmu dan dunia pelajar. Hingga daku di hantar praktikum di KIK, bekas sekolah lamaku. Kita terpaksa berjauhan ...Daku hanya menunggu bilakah waktu hujung minggu...kerana bila tiba masa itu, adalah masa yang paling ditunggu2...untuk daku kembali ke sisi abang...rindu berjauhan selama seminggu tak tertahan rasanya mencengkam....itulah seingatku masa paling lama kami berjauhan...7 hari.
Namun kini sudah lebih sebulan abang tiada. Sungguh lama....Inilah yang paling lama pastinya kita terpisah...Apetah lagi, Abang langsung tiada. Di depan, di kanan, di kiri, di telefon....tiada di mana2. Tidak dapat ku pandang lagi wajah abang yang keanak-anakan dan suka melempar senyuman...tak dapat kusentuh lagi tangan abang...tak dapat kudengar lagi kata2 abang berceloteh, ketawa atau menasihatiku...tak dapat lagi kuluahkan dan bertanyakan sebarang kemusykilanku pada abang, yang bisa meleraikan kekusutanku ...Tidak dapat lagi kudengar suara abang mengalun ayat-ayat suci atau kalimah syahadah abang tatkala menidurkan anak...Tidak akan kuterima lagi deringan panggilan telefon dari abang atau message-message dari abang....Ya Allah...Betapa rinduku tak tergambarkan. Betapa rinduku pada abang amat2 mencengkam. Rinduku hingga terasa menggetar jiwa...sungguh menyusuk...hingga terasa sakitnya di dada...
Ya Allah Ya Tuhanku...sampaikanlah rinduku pada dia...
Al Fatihah buat suamiku Kharuddin bin Fatimah...Amin...
Masukkanlah al-Marhum dalam kalangan orang-orang yang Kau kasihi, Ya Allah...
Dan semoga aku dapat menemuinya semula nanti. di bawah lembayung naungan-Mu Ya Allah..amin...
Thursday, November 22, 2012
Post buat Suamiku tercinta...Semoga dirimu tenang di sana...
Assalamualaikum semua,
Di dada laman ini ingin kucoretkan secebis kisah hidupku yang kini berdepan dengan ujian paling getir. Minta maaf buat semua, mungkin ini suatu luahan pada suatu kehilangan yang tidak akan berganti. Suatu perpisahan yang memisahkan aku dengan suamiku tercinta. Perginya abang tidak kembali. Pada usia perkahwinan menjangkau 18 tahun, terasa tidak puas lagi bersamamu, Abang. Sukar sungguh dinda menerima suratan takdir ini pada mulanya. Dinda mengharapkan suatu keajaiban daripada Tuhan yang maha Esa dan Berkuasa, agar tidak membawamu pergi di saat-saat dinda masih memerlukanmu, Abang. Dinda berdoa sungguh-sungguh,moga abang cepat sembuh dari kesakitan itu. Dinda mohon penuh harapan, moga para doktor dapat mengesan sakit abang dan mencari ubat terbaik sebagai usaha ikhtiar kita. Rakan-rakan kita, ahli qariah taman kita, anak-anak murid abang dan anak-anak murid dinda semuanya berdoa dan mengharapkan yang terbaik untuk abang semasa abang di dalam ICU. Mereka semua yang kebanyakkanya para alim ulamak dan para hafiz membuat solat hajat untuk abang. Mereka berduyun silih berganti menziarahi abang semasa abang tidak sedarkan diri di hospital. Hati dinda tak dapat digambarkan ketika itu. Sungguh ngilu dan sesak rasa di dada. Terasa tak cukup udara untuk dinda bernafas. Dinda hampir buntu, tak tahu apa mahu dibuat. Hanya doa dan pasrah segalanya. Pelbagai persoalan bermain-main di fikiran...benarkah abang akan pergi meninggalkan dinda sendirian? Benarkah? Mengapa ini semua terjadi pada dinda? Mengapa abang menahan sakit abang hingga membawa kepada sakit yang kritikal begini? Tentu abang amat-amat merasa sakit dipenuhi wayar-wayar yang berselirat di sana sini di seluruh tubuh abang. Maafkan dinda abang kerana tak mampu berbuat apa2 untuk mengurangkan kesakitan itu. Dinda tak dapat menjaga abang sebaik-baiknya.
Abang, redhakah abang pada dinda selama ini? Adakah abang memaafkan kesalahan dinda selama ini? Adakah abang bahagia hidup bersama dinda selama ini? Dinda akui adinda bukanlah isteri yang terbaik. Banyak kesalahan yang dinda lakukan pada abang. Dinda minta ampun abang. Abang adalah orang terbaik di sisi dinda selama ini. Sungguh baik. Banyak nasihat dan perilaku abang yang menjadi pendorong iman dan amal adinda. Dinda pasti, dinda tidak akan dapat mencari pengganti yang sama dengan abang. Abang adalah yang terbaik yang telah dijodohkan Allah SWT untuk adinda. Dari itu janganlah abang tinggalkan dinda...Tolonglah Ya-Allah, janganlah ambil nyawanya di waktu begini...berikanku kesempatan bersamanya lagi....atau sekurang-kurangnya diberi kesempatan bagi kami saling bermaafkan dan meredhakan.
Abang, Jika abang pergi, apa akan terjadi pada dinda dan anak kita? Jika abang pergi, apakah perkara terbaik yang dinda boleh lakukan untuk abang untuk berhadapan dengan yang Maha Esa nanti, abang. Adakah nanti kita bisa bertemu lagi di alam sana...suatu ketika nanti? Sudikah abang menerima dinda kembali sebagai permaisuri di hati abang di Syurga nanti? Atau adakah adinda ini tidak layak untuk berdamping semula dengan abang yang sungguh baik dan soleh?...
Hari kedua, tanggal 23 Oktober, ketika orang lain sudah sibuk bersiap untuk menyambut cuti hariraya Haji, pada waktu awal pagi itu doktor memanggil dinda di ruang keluarga agar masuk melihat abang. Ya Allah....sungguh luruh hati dinda melihat kondisi abang ketika itu. Abang masih tidak sedarkan diri kerana diberikan dos ubat tidur. Namun abang kian lemah. Tekanan darah sudah semakin rendah dan tak stabil. Tiada apa yang doktor dapat lakukan. Abang dah diberikan pernafasan life support. Dalam gigil, dinda diminta menelefon semua waris...Ya Allah...adakah ini suratan-Mu pada hamba-Mu ini? kasihanilah dia...kasihanilah hamba...kasihanilah anak kecilku yang akan kehilangan abahnya yang baru saja 6 bulan dapat bermanja...ya Allah...mengapa ini yang harus kami lalui...rasa tak tertanggung ujian-Mu ini Ya Allah...
Dalam kepedihan itu,dinda gagahkan diri melihat dan meneliti wajah abang buat kali terakhir sebelum abang pergi selama-lamanya. Tanda-tanda abang akan pergi sudah ada, dimulai dengan peluh dingin dari bahagian kaki ke atas, sedikit demi sedikit. Ketika itu dinda pasrah. Diiringi alunan suci ayat-ayat al-Quran, dinda kuatkan diri melepaskan abang pergi. Dinda luahkan kata-kata ini, "Abang, jika abang boleh bertahan, bertahanlah abang, Mohon daripada Allah moga abang dapat sembuh kerana banyak lagi tanggungjawab abang yang masih tidak selesai. Namun abang, seandainya abang perlu pergi, pergilah dengan tenang, bertemulah dengan Tuhan yang Maha Esa...pohonlah keampunan dan kasih sayang-Nya sedangkan Dia Maha Pengasih dan Pengampun, dinda redha dan maafkan abang, tapi sebenarnya, abang tiada salah apa2 pun....sebaliknya, Dinda minta maaf pada abang banyak-banyak...dinda yang banyak salah kat abang...Abang, takpelah bang, pergilah abang dengan jiwa yang tenang. Usah bimbang dengan dinda dan Ammar di sini. Dinda akan selesaikan segala tanggungjawab abang dan dinda akan jaga Ammar, insya-Allah... Di saat itulah dinda lihat juntaian airmata mengalir dari kedua-dua kelopak mata abang...buat pertama kalinya sejak abang terlantar sakit dan tidak sedarkan diri di hospital. Di ketika itulah dinda yakin, abang dapat mendengar kata-kata dinda. Dan selepas itu, hanya kata-kata dua kalimah syahadah yang dinda bacakan di telinga abang. Dikelilingi saudara mara terdekat dan juga rakan-rakan, akhirnya abang pergi dengan tenang, hingga hampir tidak dinda sedari...hinggalah doktor berbisik menyatakan abang sudah tiada....Ya Allah, Ya Tuhan...Inikah takdir abang...inikah takdirku....di usia baru mencecah 44 tahun abang pergi meninggalkan kami...
Namun kini dinda pasrah, Ya...Benarlah Allah SWT lebih menyayangi mu, Abang. Semoga abang tenang dan mendapat kerehatan di sana. Semoga abang berada dalam raudhah min rhiadil Jannah. Semoga abang termasuk golongan orang-orang yang beriman dan dikasihi Allah... Sememangnya dunia dinda berubah sekelip mata...bagaikan tidak percaya...semua ini berlaku pada dinda...Namun sedikit demi sedikit, dengan bantuan rakan-rakan dan saudara terdekat...semuanya banyak membantu samada dari segi kewangan, nasihat mahu pun tenaga...terima kasih buat semua yang membantu dan juga memahami diri ini...semoga Allah SWT jua membalasnya dengan sebesar-besar ganjaran....amin....
Tuesday, August 14, 2012
Salam Hujung Ramadhan
Assalamualaikum semua,
Telah lama tidak menulis. Rasa kaku dan aneh pula. Dulu, hampir setiap hari atau minggu ada saja cerita atau coretan atau gambar2 yang dipostkan. Kini, di Malaysia saat-saat itu hampir dilupakan. Kekangan masa amat terasa.
Apepun kini Ramadhan sudah berada di penghujungnya. Hanya tinggal beberapa hari saja ia akan berakhir. Izinkan saya memohon maaf dan keampunan di atas segala kesilapan. Keampunan dari Yang Esa pastinya yang paling didambakan. Juga keampunan daripada bonda di atas segala perilaku anakanda yang tak lepas dari kesilapan dan dosa. Dari semua blogger juga kuharapkan keampunan, segala silap salah harap dimaafkan. Semoga Ramadhan ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Serta di hariraya nanti kita berbahagia hendaknya. Aminnn...
p/s- semalam berbuka dengan air kelapa + laici...first time rasa...sedap jugak rupanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)