Tuesday, November 15, 2011

Setelah sebulan kembali

Assalamualaikum buat semua rakan bloggers muslim dan muslimat...
Alhamdulillah pada bulan lepas, saya telah selamat pulang ke tanah air. Perjalanan yang jauh mengambil masa lebih 13 jam lamanya. Dalam hati pelbagai perasaan berkecamuk. Ada rasa pilu, ada rasa gembira, ada rasa terharu, ada juga rasa kebimbangan. Namun alhamdulillah ia dapat jua dilalui dengan jaya dan bermulalah kembali episod hidup di tanah air sebagaimana dahulu.
Kini, saya telah pun mengajar semula. Seumpama guru baru, banyak perkara saya perlu pelajari dan tempuhi semula, sementelah pula saya tidak dapat bertugas di sekolah lama. Saya ditugaskan di sekolah yang amat jauh drpd rumah. Perjalanan hampir 40 minit setiap hari, dengan menempuh tol dan bayaran RM5.40 setiap hari. Sungguh mencabar bagi diri yang dah lama tidak memandu, dan sudah selesa dengan kerehatan dan ketenangan yang jauh dari hiruk pikuk kota sebelum ini di Lampeter. Seakan suatu kejutan, menyebabkan saya sedar dari tidur yang lena, bahawa realitinya dunia di tanahair sungguh berbeza. Saya tidak boleh lagi bersantai seperti dahulu. Tanggungjawab yang digalas lebih banyak daripada masa yang ada. Lantas hari2 yang di lalui sungguh penuh dengan pelbagai perkara.
Jika ada yang bertanya, apa perubahan atau berbezaan Malaysia sekarang?
Pada saya banyak yang berubah. Iyala...setelah empat tahun lamanya berkelana di negara orang,pasti banyak yang berubah.
Bangunan2 baru, taman2 perumahan kian banyak. Jalan kian sesak. Silap2 tersesat kerana tak kenal jalan. Panas pun sungguh terasa. Namun alhamdulillah sekarang ni selalu hujan. Walaupun pada mulanya, rasa agak tidak selesa. Hampir setiap hari beraircond termasuk pada waktu malam, badan pun naik ruam2, dan hampir demam, tetapi kini semua itu sudah dapat diatasi...alhamdulillah.

Berdepan dengan pelajar2 sekarang juga terkadang menyebabkan saya terkedu. Tidak seperti dulu, pelajar sekarang agak berani. Berani menjawab, berani melakukan kesalahan secara terang2an, berani mempersoal sesuatu, berani keluar masuk tanpa izin, berani berbuat bising dan bergaul lelaki perempuan bagai tiada sempadan...Seolah2 sifat malu sudah mula terhakis dari jiwa mereka. Atau sudah terhakiskah sifat hormatkan guru daripada diri mereka, yang sepatutnya ada bagi memastikan keberkatan dalam mencari ilmu? Apepun, semua ini saya jadikan sebagai suatu pemangkin untuk berusaha mendidik mereka dengan lebih gigih lagi.

Rancangan tv yang pelbagai. Namun yang ketara, betapa banyaknya cerita2 drpd luar, cerita2 tahyul dan seram dalam industri hiburan masakini. Bukan banyak tapi berlambak. Pelik ye, kenapa? Adakah kerana masyarakat kita sememangnya sukakan kepada imaginasi atau perkara yang pelik? Apa agaknya kesan cerita2 ini kepada anak2 dan masyarakat?
Namun, ada juga perkembangan yang baik. Contohnya saluran2 informasi dan juga kesedaran Islam yang amat bagus sekali bagi menambah pengetahuan dan kesedaran.

Dari segi harga barang, memang sungguh berbeza. Hampir kesemua harga barang naik dua kali ganda. Begitulah. Antara berbezaan yang saya rasa.

Sudah sekian lama tidak berblog. Namun bila berblog sungguh mengundang rasa rindu pada masa2 yang lalu. Insya-Allah semoga ada keluangan masa untuk saya berblog semula selepas ini.