Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga pada tahun ini kita semua akan lebih diberkati dan dirahmati Allah dalam apa jua amalan yang kita lakukan serta sentiasa mendapat perlindungan daripada segala musibah dan kesusahan.

Hari ini dan juga esok masih lagi merupakan hari cuti. Sebenarnya bukan hanya hari ini dan esok, malah sejak tiga hari yang lepas saya sudah pun mula bercuti. Ya, memang lama. Lima hari.

Lima hari yang muram.

Pada hari pertama, kesedihan amat mencengkam diriku. Pelbagai rasa dirasa, kerana menyedari banyak kerja perlu dibuat...banyak kerja dan urusan yang menunggu2 untuk diselesaikan...tapi aku tak mampu berdepan dengannya...kerana rasa sedih yang teramat. Entahlah apa yang kusedihkan. Mungkin kerana kebiasaannya pada waktu bercuti inilah waktu kami berdua, aku dan al-Marhum biasanya berjalan bersama. Tidak pernah terpisah. Tidak pernah ditinggalkan sendiri. Ke mana-mana mesti berdua melihat dunia nan indah. Banyak tempat telah kami terokai bersama. Setiap satunya penuh kenangan.Maka cuti hari pertama itu kuhabiskan dengan melihat kembali gambar2 dan video lama...dan airmataku tak mampu ditahan.

Hari kedua, aku nekad. Kubawa anak kecilku dan bibik ke tepian pantai Morib. Tidak pernah terlintas di fikiranku yang aku akan berani memandu kereta sendiri ke sana. Namun mungkin itulah caranya untuk menenangkan diri.Jika tidak kurasa hari2 cuti itu akan berlalu tanpa apa2...hanya dengan emosi. Hampir seharian di sana...merasa bayu laut yang segar dan nyaman...melihat keagungan Ilahi...kekuasaan-Nya...setiap suatu itu ada sunnatullahnya...yang bermula pasti ada akhirnya...kecuali Dia yang Maha Hidup.

Hari ketiga, hari Ahad. Bermula episod kerja2 sekolah yang dibawa ke rumah. Sekejap melepas lelah, bermain bersama anak kecilku yang lincah...kesian dia. Mamanya selalu saja sibuk.

Hari keempat dan kelima semoga aku dapat menyelesaikan kerja2, urusan2ku dan emosiku dengan baik...semoga hari mendatang lebih baik bagiku dan begitu juga teman dan rakan blog semua. Aamiiinnn...

Monday, September 9, 2013

Rancangan Allah

Assalamualaikum.
Dalam kesibukan ini aku sudah mula memahami yang tidak dapat tidak bahawa hidup ini mesti diteruskan. Aku mesti lebih fokus. Biarlah segalanya yang diatur Ilahi, berjalan sekehendak-Nya...kita hanya bisa merancang. Allah jua yang menentukan. Andai kata sesuatu yang tidak kusukai berlaku, berkemungkinan ianya lebih baik bagiku...kerana Dialah yang Maha Mengetahui yang terbaik untukku.

Di sekolah, anak2 muridku sudah mula sibuk untuk berdepan dengan saat2 genting dan penting buat mereka. Ada yang bakal menghadapi peperiksaan PMR. Hanya tinggal tak sampai sebulan bagi mereka. Kudoakan semoga pada tahun ini mereka juga mendapat kejayaan terutama dlm subjekku sebagaimana pada tahun yang lepas. Ada juga muridku yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Walaupun ada tinggal hampir dua bulan lagi untuk berdepan dengan peperiksaan SPM sebenar, kukira mereka mestilah melipatgandakan lagi usaha mereka mengulangkaji dan berlatih menjawab soalan dengan betul. Setelah menandakan kertas pertama, agak sedih juga kurasa kerana mencapaian mereka sungguh tidak memuaskan hatiku. Perasaan bimbang menyelubunyi jiwa. Apa dayaku lagi dalam membantu mereka, sedangkan berkali2 memberi soalan dan jawapan untuk dihafal pun tidak mereka kuasai. Bengkel, kelas tambahan juga telah kuadakan...Semoga Allah mempermudahkan mereka.

Pada minggu lepas pihak sekolah ada menganjurkan checking darah secara percuma. Nampaknya result tidaklah berapa bagus...kena jaga pemakanan dan stress...Moga aku kuat dan segera sihat. Amin.

Tuesday, August 27, 2013

Beraya tanpa dia...

Assalamualaikum buat semua,
Tidak terlewat kiranya saya ingin mengucapkan Selamat hariraya dan Maaf zahir batin. Salam Syawal dan semoga ianya disambut dengan penuh ceria dan dipenuhi keberkatan.

Buat kali pertamanya hariraya ini disambut tanpa dia. Sememangnya tak dapat dinafikan hati ini sungguh hiba, pilu dan sedih. Ingin kutahan namun akhirnya ia menjadi juntaian airmata tak dapat disimpan di waktu pagi satu syawal itu ketika kupeluk ibuku tersayang. Sememangnya berbeza teramat. Tanpa dia yang kusayang. Tanpa orang yang sentiasa bersama ke mana pun jua. Tanpa orang yang bisa memberiku semangat, kasih dan tawa. Sememangnya sukar menghapuskan rasa rindu ini. Apekan daya.


Ketika keluarga yang lain bersalam-salaman, aku pula terasa kehilangan. Mencari2 dia, yang tangannya kerapku kucup setiap pagi dan apetah lagi di pagi hariraya begini. Namun apekan daya. Hanya sesekali kelibatnya kurasa, senyumannya pasti tak lekang bermain di bibirnya, sambil tangannya membahagikan duit raya kepada anak2 buahnya yang ramai.

Ketika bergambar beramai-ramai, aku juga rasa kehilangan. Tidak sempurna rasanya keluargaku. Dulu tanpa anak, kini tanpa seorang suami pula. Apekan dayaku...Allah mengujiku sedemikian rupa, aku pasrah.

Namun sebenarnya walaupun tanpa dia disisi, ramai saudara terdekat dan rakan taulan yang menemani. Alhamdulillah...kesunyian ini sungguh amat terisi.

Ala kulli hal segalanya sekarang sudah dapat kuhadapi dengan tenang. Semoga Allah mengurniakanku ketabahan dan kekuatan.

Sunday, January 6, 2013

Retak Seribu

Retak seribu hatiku,
Bila mengenangmu,
Dikau pergi,
Tak kembali,
Setelah lama kau pendamkan,
Bersama rahsia tersembunyi.
Walau seandainya ku bercinta lagi,
belum tentu kutemui teman pengganti,
Kerna Ku akui kaulah yang terindah,
Kan kucuba menggapai bintang, walau tak tercapai tangan.
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu,

Jika kudapat ulangi perjalanan cinta kita,
Akan kujaga sebaik-baiknya.

Mood: Rindu + jiwang.
 
***Menyelongkar beg2 lama, terjumpa baju2 tebal arwah...mengingatkanku kenangan indah bersama di bumi Lampeter.