Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah 1435

Assalamualaikum,
Salam Maal Hijrah saya ucapkan buat semua muslimin dan muslimat. Semoga pada tahun ini kita semua akan lebih diberkati dan dirahmati Allah dalam apa jua amalan yang kita lakukan serta sentiasa mendapat perlindungan daripada segala musibah dan kesusahan.

Hari ini dan juga esok masih lagi merupakan hari cuti. Sebenarnya bukan hanya hari ini dan esok, malah sejak tiga hari yang lepas saya sudah pun mula bercuti. Ya, memang lama. Lima hari.

Lima hari yang muram.

Pada hari pertama, kesedihan amat mencengkam diriku. Pelbagai rasa dirasa, kerana menyedari banyak kerja perlu dibuat...banyak kerja dan urusan yang menunggu2 untuk diselesaikan...tapi aku tak mampu berdepan dengannya...kerana rasa sedih yang teramat. Entahlah apa yang kusedihkan. Mungkin kerana kebiasaannya pada waktu bercuti inilah waktu kami berdua, aku dan al-Marhum biasanya berjalan bersama. Tidak pernah terpisah. Tidak pernah ditinggalkan sendiri. Ke mana-mana mesti berdua melihat dunia nan indah. Banyak tempat telah kami terokai bersama. Setiap satunya penuh kenangan.Maka cuti hari pertama itu kuhabiskan dengan melihat kembali gambar2 dan video lama...dan airmataku tak mampu ditahan.

Hari kedua, aku nekad. Kubawa anak kecilku dan bibik ke tepian pantai Morib. Tidak pernah terlintas di fikiranku yang aku akan berani memandu kereta sendiri ke sana. Namun mungkin itulah caranya untuk menenangkan diri.Jika tidak kurasa hari2 cuti itu akan berlalu tanpa apa2...hanya dengan emosi. Hampir seharian di sana...merasa bayu laut yang segar dan nyaman...melihat keagungan Ilahi...kekuasaan-Nya...setiap suatu itu ada sunnatullahnya...yang bermula pasti ada akhirnya...kecuali Dia yang Maha Hidup.

Hari ketiga, hari Ahad. Bermula episod kerja2 sekolah yang dibawa ke rumah. Sekejap melepas lelah, bermain bersama anak kecilku yang lincah...kesian dia. Mamanya selalu saja sibuk.

Hari keempat dan kelima semoga aku dapat menyelesaikan kerja2, urusan2ku dan emosiku dengan baik...semoga hari mendatang lebih baik bagiku dan begitu juga teman dan rakan blog semua. Aamiiinnn...