Monday, September 9, 2013

Rancangan Allah

Assalamualaikum.
Dalam kesibukan ini aku sudah mula memahami yang tidak dapat tidak bahawa hidup ini mesti diteruskan. Aku mesti lebih fokus. Biarlah segalanya yang diatur Ilahi, berjalan sekehendak-Nya...kita hanya bisa merancang. Allah jua yang menentukan. Andai kata sesuatu yang tidak kusukai berlaku, berkemungkinan ianya lebih baik bagiku...kerana Dialah yang Maha Mengetahui yang terbaik untukku.

Di sekolah, anak2 muridku sudah mula sibuk untuk berdepan dengan saat2 genting dan penting buat mereka. Ada yang bakal menghadapi peperiksaan PMR. Hanya tinggal tak sampai sebulan bagi mereka. Kudoakan semoga pada tahun ini mereka juga mendapat kejayaan terutama dlm subjekku sebagaimana pada tahun yang lepas. Ada juga muridku yang baru sahaja selesai menghadapi peperiksaan percubaan SPM. Walaupun ada tinggal hampir dua bulan lagi untuk berdepan dengan peperiksaan SPM sebenar, kukira mereka mestilah melipatgandakan lagi usaha mereka mengulangkaji dan berlatih menjawab soalan dengan betul. Setelah menandakan kertas pertama, agak sedih juga kurasa kerana mencapaian mereka sungguh tidak memuaskan hatiku. Perasaan bimbang menyelubunyi jiwa. Apa dayaku lagi dalam membantu mereka, sedangkan berkali2 memberi soalan dan jawapan untuk dihafal pun tidak mereka kuasai. Bengkel, kelas tambahan juga telah kuadakan...Semoga Allah mempermudahkan mereka.

Pada minggu lepas pihak sekolah ada menganjurkan checking darah secara percuma. Nampaknya result tidaklah berapa bagus...kena jaga pemakanan dan stress...Moga aku kuat dan segera sihat. Amin.