Saturday, July 11, 2009

Bekal

SERUNDING AYAM
Bahan-Bahan:
1 kg ayam
1/2 santan dlm tin @ 1 biji kelapa (ambil santannya)

Bahan yang dikisar:
500 gm bawang merah
15 tangkai cili kering
10 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 inci halia
Garam dan gula (secukup rasa)

Cara:
1. Rebus ayam hingga empuk, kemudian siat sehingga halus.
2. Masukkan pati santan bersama bahan kisar dan ayam. Jerang di atas api sederhana sehingga kering.
3. (sambil2 tu boleh blog hopping....takpun, kemas2 rumah....jgn tidur sudah...nanti hangit. hihi)
4. Sejukkan dan simpan.





TELUR MASIN simple pimple

10 biji telur itik
10 sudu besar garam
5 cawan air

Cara:
1. Telur itik dicuci, lap dan dibiar kering.
2. Jerang air dan garam atas api. Gaul sehingga likat/tepu. Matikan api dan biarkan sejuk.
3. Masukkan telur itik dan air garam yg dah sejuk ke dlm bekas kedap dan biarkan diperam selama 3-4 minggu.
4. Rebus telur bila ingin dimakan.

p/s- Siap bekal utk jalan2 dan kalau ada lagik, boleh makan utk sahur bulan puasa nanti.




Friday, July 10, 2009

Tak sabarnye.

Mimi and family dah terbang semalam. Bulan lepas, Habibah and family. Lepas tu, Iza and family. Minggu depan, Nesreen and family fly away to Saudi.
Oh oh! Berdebar dlm hati.
Menunggu hari2 utk terbang.
Tinggal minggu depan saja sebelum cuti summer bermula. Sebelum bulan Ramadhan, ada beberapa tempat utk dikunjungi. London, Paris and so on.....
Oh oh! tak sabarnye menanti cuti.
Selepas itu bersambung lagi cuti. Bersambung2 hingga ke M'sia....berpuasa, berpasar Ramadhan, berterawih, beraya, bermain mercun bunga api....insya-Allah.
Oh oh! tak sabarnye....